GALERI

Rombongan Singapura


Koperasi menjalankan kerjasama perniagaan bersama De Rhu Beach Resort dan Agro Resort Sg Semuji dengan membawa rombongan pelancong dari Singapura untuk merasai pengalaman Pelancongan Agro. Pelancong ini dibawa ke Agro Resort Sg Semuji dan didedahkan dengan pelbagai aktiviti termasuklah ke laman kelulut milik Koperasi. Selain diberikan taklimat berkaitan ternakan kelulut madu, pelancong juga berkesempatan menikmati madu segar selain berpeluang membeli secara terus dari Koperasi.

Copyright © 2018. Hakcipta terpelihara.