NAQ-KOP
Ramadan-KooP
49th
INSURAN-scaled

JAWATAN KOSONG

Permohonan adalah dipelawa dari kalangan anak-anak Anggota Koperasi LKPP Pahang Berhad dan penduduk Negeri Pahang
untuk mengisi jawatan berikut di Koperasi LKPP Pahang Berhad.

Eksekutif Perniagaan dan Pemasaran (sementara)

TARIKH TUTUP TAWARAN IALAH 28 OGOS 2023 (ISNIN) JAM 5.00 PETANG.

Borang permohonan boleh didapati dengan harga RM5.00 di pejabat Koperasi;

Koperasi LKPP Pahang Berhad,
No. 26, Tingkat 1, Bangunan LKNP, Lorong Lengkok Kanan 2, Taman Tanah Putih Baru, 25150 Kuantan.
Telefon: 09-5144868 / 019-4155022          Email: kooplkpp@gmail.com

SEBARANG PERTANYAAN SILA HUBUNGI KAMI DI TALIAN 09-5144868 / 019-4155022 (WHATSAPP)

MAKLUMAN / PENGUMUMAN

Muat Turun
Notis & Buku Laporan Tahunan

Tentang Kami

Koperasi ini secara rasminya ditubuhkan pada 07 Mac 1975 dengan nombor pendaftaran 5022. Pada awal penubuhan, Koperasi LKPP Pahang Berhad didaftarkan dengan nama Syarikat Kerjasama Serbaguna Pegawai-Pegawai Dan Kakitangan Lembaga Kemajuan Perusahaan Pertanian Pahang Berhad dibawah Ordinan Sharikat2 Kerjasama 1948.

Koperasi bertukar nama kepada Koperasi LKPP Pahang Berhad yang didaftarkan dibawah Seksyen 18 (3) Akta Koperasi 1993 pada 01 Ogos 1995. Koperasi LKPP Pahang Berhad beroperasi pada awalnya di Bangunan LKPP. Seterusnya pejabat Koperasi berpindah di No 26, Bangunan LKNP, Taman Tanah Putih Baru sehingga hari ini. Anggota Koperasi sehingga 31 Disember 2021 berjumlah 642 Anggota. Kawasan operasi koperasi ialah seluruh negeri Pahang dan aktiviti utama Koperasi ialah perladangan kelapa sawit.

Visi

Menjadi Koperasi Terbaik Di Negeri Pahang.

Misi

Mengoptimumkan Keuntungan Melalui Aktiviti koperasi.

Visi & Misi

Koperasi LKPP Pahang Berhad

Pautan